Isnin, 23 Mei 2011




Rasa Jatuh Cinta
Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun
diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta
akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah
dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama
bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat
diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri.
Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga
pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta
tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta
boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana
mengenali bila dan bagaimana seseorang itu
dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh
cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri
sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang
sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami
percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda
bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk
tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan
dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal
hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika
bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi
kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri
anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang
latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun
mendengar cerita mengenai si dia dan sering
bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia
tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau
terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan
melayan kehadiran orang lain sekalipun
kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia
berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu
ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan
anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera
termenung. Fikiran anda jauh melayang dan
pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal
yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda
terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di
sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk
berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan
keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di
hari cuti pasti anda habiskan untuk dating.
Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu
malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah
berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat
mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya
sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan
mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin
berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup
menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas
masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan
si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau
perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting
dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.
Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar
suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda
tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini,
anda lebih berminat untuk menghayati senikata
lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan
percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar
irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya
masih jauh. Anda peka dengan perkembangan
semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk
memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda
memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja
besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah
yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih
bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang
lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda
berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama
di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika
dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih
semangat, kreatif dan berfikiran positif.
Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi
kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana.
Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon
kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan
rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi
lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah
berhias dengan mekap hingga nampak mempersona.
Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan
segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang
lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan
mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah
dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan
mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap
bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk.
Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak
menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan
meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia
berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan
atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si
dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir
janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan
tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya,
anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan
menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang
keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya
semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu
peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri
anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap
permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana
mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi
idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik
dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda
seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia,
anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa
menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan
si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam
kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan
keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu
keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya
merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan
jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti
kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda
meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu
Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah
lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan
si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda
sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk
melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda.
Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru
anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda.
Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa
depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana
sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai
sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah
rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah
dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra
dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si
dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan.
Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan
apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati
oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika
bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung
percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya
kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan.
Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan
yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai
tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan
tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai
renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan
kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya.
Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata
yang tercoret di dalam buku dan kad dapat
mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan
perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda.
Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun
sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup
menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya.
Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima.
Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman
hidupnya sehidup semati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan